Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi legenda Datuk M. Daud Kilau. Foto: Media Sosial

Penyanyi legenda Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia

ByNina Azman

KUCHING, 18 Dis: Penyanyi legenda, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak pada 4.40 petang tadi.

Berita pemergian penyanyi itu disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram menerusi Instagram.

“Atuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Sebelum ini figura seni yang terkenal dengan lagu Cik Mek Molek itu dilaporkan berdepan penyakit jantung dan paru-paru berair.

Pada Mei lepas, penyanyi yang digelar Raja Gelek Malaysia itu turut mendapatkan rawatan akibat masalah sesak nafas.

Dalam industri hiburan, Allahyarham membuat kemunculan menerusi album sulung berjudul Anak Yang Pertama yang diterbitkan pada 1972.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang seni tarik suara, M.Daud Kilau telah menghasilkan 28 album.

Kali terakhir penyanyi itu muncul dengan album penuh ialah pada 2002 menerusi album duet Senandung Melayu bersama penyanyi Syura.

Pada 1991, Allaharyam dikurniakan gelaran Datuk Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak yang membawa gelaran Datuk.

Penyanyi sepanjang zaman ini juga pernah membuat kemunculan istimewa dalam filem Man Laksa pada 2006.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas zuhur esok.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Satu lagi berita sedih hari ini,” tulisnya. TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan