Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari. Foto AFP

Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Gaza selepas empat hari

ByBernama

RAMALLAH, 18 Dis: Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.

Jawwal dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan telefon dan Internet di tengah dan selatan Semenanjung Gaza telah pulih.

“Juruteknik kami telah melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan di semua kawasan di Semenanjung Gaza,” katanya.

Syarikat telekomunasi Ooredoo juga mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan telekomunikasi selepas gangguan pada Khamis.

Israel melancarkan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 18,800 penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain mencederakan 51,000 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan