Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Pemimpin ASEAN dan pelajar dari negara ASEAN dan Jepun melepaskan tanglung sebagai simbolik Majlis Pencahayaan Menara Tokyo Tahun 50 ASEAN-JEPUN di sini malam ini. Foto, Bernama.

PM dan isteri hadiri upacara prapencahayaan di Menara Tokyo

ByBernama

TOKYO, 17 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri upacara prapencahayaan yang berlangsung di tingkat 33 dan 34 di Azabudai Hills, sebuah perkampungan moden yang terdiri daripada tiga bangunan pencakar langit.

Acara itu berlangsung dengan beberapa pemimpin ASEAN dan isteri masing-masing dengan diiringi para pelajar dari ASEAN dan Jepun, yang secara simbolik melepaskan tanglung di dalam tingkat terbabit selepas 6 petang.

Momen bersejarah ini turut disusuli lagu rasmi ASEAN dan pengiraan detik, dengan acara kemuncak yang menyaksikan Menara Tokyo bermandikan cahaya warna-warna ASEAN.

Usai sesi bergambar kenangan, para pemimpin terbabit dengan pasangan masing-masing menghadiri majlis makan malam di Hotel Okura di mana Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun berlangsung siang tadi.

Majlis makan malam itu menjadi acara kemuncak persidangan yang berlangsung hari ini dan esok, para pemimpin ASEAN akan menyertai program terakhir anjuran tuan rumah iaitu Mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Emisi Jepun-ASEAN (AZEC). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan