Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 92 wartawan terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel yang berlanjutan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt. Foto AFP

92 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt

ByBernama

BANDARAYA GAZA, 17 Dis: Sekurang-kurangnya 92 wartawan terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel yang berlanjutan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut pejabat media kerajaan di Palestin pada Ahad.

Mangsa terbaharu ialah wartawan Rami Badir dan Assem Kamal Musa yang terbunuh akibat serangan tentera penceroboh Israel sejak dua hari lalu, Agensi Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu.

Angka kematian di Gaza kini meningkat kepada 11,500

Bagaimanapun, pejabat itu tidak mendedahkan butiran lanjut.

“Dengan membunuh wartawan, Israel cuba untuk mengaburi naratif Palestin dan cuba menutup kebenaran tetapi ia gagal mematahkan semangat rakyat Palestin,” menurut pejabat itu.

Angka kematian di Gaza kini meningkat kepada 11,500

Israel telah mengebom Semenanjung Gaza dari udara dan darat, melaksanakan kepungan dan melancarkan serangan darat sejak 7 Okt.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata jumlah korban yang direkodkan di Semenanjung Gaza telah mencecah 18,800 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan