Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian pelajar UTS pada hari graduasi kali kelapan universiti berkenaan hari ini. Foto, Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Kebolehpasaran graduan UTS antara tertinggi di Malaysia, cecah 97.5 peratus

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SIBU, 17 Dis: Kadar kebolehpasaran graduan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) merupakan antara yang tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 97.53 peratus setakat Oktober 2023.

Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berkata, antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian berkenaan ialah kerana program akademik ditawarkan telah diakreditasi serta diiktiraf oleh badan-badan profesional dalam dan luar negara.

Abang Johari tiba di Dubai, hadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB

Kata Khairuddin pengiktirafan yang diterima termasuklah daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM), Majlis Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia (PPDM), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) United Kingdom, Akauntan Awam Bertauliah (CPA) Australia, Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Huawei Akademi dan Persatuan Mesin Pengkomputeran (ACM), yang merupakan persatuan pembelajaran antarabangsa terbesar dalam bidang komputer.

“Oleh itu kita amat berbangga dengan pencapaian graduan UTS kerana bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malah pencapaian anda turut diiktiraf oleh badan-badan profesional tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UTS Kali Kelapan di sini hari ini.

Premier Sarawak sampai skrol kepada 297 graduan UTS

Majlis disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pro Canselor universiti berkenaan.

Seramai 297 graduan daripada 20 program pengajian menerima skrol masing-masing.

Mereka terdiri daripada tiga penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (26) dan 268 lagi penerima Ijazah Sarjana Muda.

Premier Sarawak sampai skrol kepada 297 graduan UTS

Konvokesyen kali ini turut menyaksikan majlis penyampaian Anugerah Canselor kepada tiga graduan yang terpilih menerusi kecemerlangan akademik dan kokurikum sepanjang pengajian di universiti berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak merangkap Pengerusi UTS, Datuk Dr Annuar Rapaee. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan