Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Deretan kedai pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kebiasaannya sesak menjadi lengang berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama ketika tinjauan hari ini. Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang sepatutnya berakhir semalam, dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 28 Jun ini sebagai langkah membendung penularan COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan Umum Pakej #PEMULIH Bernilai RM150 Bilion

ByEekbal Yusuf

KERAJAAN melancarkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan telah melaksanakan tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion.

“Setakat ini, sebanyak lebih RM200 bilion telah disalurkan dan memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan.

“Belanjawan 2021 pula bernilai 322.5 bilion ringgit dan masih berbaki 100 bilion ringgit untuk dibelanjakan sehingga hujung tahun ini,” katanya ketika mengumumkan Pakej PEMULIH.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan