Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Persekutuan Australia mengeluarkan amaran berhubung komplot individu dipergunakan untuk membawa dadah terlarang bagi pengedar yang mendakwa kononnya mereka pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Foto hiasan: Envato

Polis Australia siasat penipuan pengedaran dadah guna nama PBB

ByBernama

CANBERRA, 11 Dis: Polis Persekutuan Australia (AFP) mengeluarkan amaran berhubung komplot individu dipergunakan untuk membawa dadah terlarang bagi pengedar yang mendakwa kononnya mereka pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua.

Dalam kenyataan ibu pejabatnya di Canberra pada Isnin, AFP berkata agensi itu sedang menyiasat penipuan menggunakan nama PBB untuk mengedar dadah selepas pegawainya menahan dua penumpang dalam insiden berasingan di lapangan terbang antarabangsa Melbourne pada Julai.

Penumpang pertama, seorang warga Australia Barat berusia 39 tahun yang tiba di Melbourne dari Singapura pada 25 Julai, ditahan selepas pegawai AFP menemui 3 kg methamphetamine yang disembunyikan dalam bahagian dalam bagasinya.

Keesokan harinya, seorang warga New Zealand berusia 77 tahun ditahan setibanya dari Thailand selepas polis mendakwa menemui 2 kg heroin dalam bagasinya.

Menurut AFP, kedua-dua pelawat yang tidak mengenali antara satu sama lain, mendakwa mereka ditawarkan sehingga 35 juta dolar Australia (AS$22.9 juta) untuk mengangkut beg pakaian ke Australia bagi pihak individu yang mendakwa bekerja untuk PBB.

“Penipuan menggunakan nama PBB ini hanyalah satu lagi percubaan sindiket jenayah yang terdesak untuk mengimport dadah dan bahan terlarang berbahaya ke negara kita,” menurut Komander AFP Reagan Stewart dalam kenyataan itu.

Kedua-dua mereka didakwa atas kesalahan mengimport dadah yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan