Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung esok di Istana Negara. Foto: Bernama

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan dijadual esok – Sumber

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung esok di Istana Negara pada 2.30 petang.

Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.

Pada 1 Dis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Ketika ini, terdapat kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Jawatan itu kini dipangku Datuk Armizan Mohd Ali yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan