Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
 Foto hiasan Envato.

Hujan diramal berlaku di Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak hingga Khamis ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung dan barat Sarawak sehingga Khamis ini, yang boleh meningkatkan kelembapan dan berpotensi membawa hujan di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, di barat Sarawak, hujan dijangka berlaku pada lewat petang hingga malam serta berpotensi berlanjutan sehingga awal pagi.

MetMalaysia memaklumkan di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan