Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini. Foto: Bernama

Stor jadi tumpuan polis cari bukti baharu kes Zayn Rayyan

ByBernama

PETALING JAYA, 10 Dis: Sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini menjadi tumpuan polis bagi mengesan bukti baharu kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang memasuki hari keempat operasi hari ini.

Berdasarkan pemerhatian wartawan di lokasi, dua anjing Unit Pengesan (K9) dan beberapa anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada di dalam stor dan melakukan pemeriksaan di situ selama hampir empat jam.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

Dua anjing pengesan dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, Gucci dan Ricks, dibawa memasuki stor yang dipercayai menyimpan motosikal, kerusi plastik dan barangan kanopi.

Seekor daripadanya kemudian dibawa memasuki Blok R bagi melakukan pengesanan di beberapa unit rumah apartment terbabit.

Pemilik stor itu, Noraini Ahmad, 51, berkata stor tersebut sentiasa dikunci dan hanya dibuka sekiranya untuk mengeluarkan motosikal bagi kegunaan harian ahli keluarganya.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

“Kira-kira sejam selepas anjing pengesan dibawa masuk ke dalam stor, pihak polis memberitahu saya mereka telah selesai melakukan siasatan dan membenarkan saya mengunci kembali stor berkenaan.

“Namun, tidak lama kemudian polis menghubungi semula untuk membuka kunci stor bertujuan untuk menyambung semula kerja-kerja penyiasatan,” katanya kepada media yang berada di lokasi sejak 10 pagi tadi.

Unit K9 dan Unit Forensik dilihat meninggalkan lokasi pada 2.15 petang.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi meninjau lokasi itu pada 11.15 pagi.

Semalam, dua anjing K9, Falco dan Jimmy juga dibawa ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan di anak sungai berdekatan Blok R.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan