Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Dr. Sanib Said semasa penyampaian cederahati kepada wakil SMK Tun Abang Haji Openg Kuching. Foto,TVS.

Samarindok pertahanan seni warisan Melayu Sarawak

KUCHING, 10 Dis: Samarindok, acara yang menyajikan persembahan kebudayaan Melayu Sarawak sampai ke penghujungnya malam tadi menerusi penganjuran siri empat di Dewan Toh Puan Hajah Masnah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg Kuching.

Samarindok Finale anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak itu merupakan kesinambungan tiga siri awal yang telah diadakan sepanjang tahun ini bermula pada Mac lepas.

Samarindok siri pertama mempersembahkan Gendang Melayu Sarawak, siri kedua pula menampilkan Upacara Adat Persandingan Melayu Sarawak manakala siri ketiga melibatkan pencak silat.

Antara persembahan malam tadi termasuklah lagu Melayu, Tarian Puteri Sarawak serta Syair Negeri Santubong.

Program final itu turut dihadiri Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Datu Dr. Sanib Said serta isteri.

Samarindok mula dianjurkan pada 2014 bertujuan untuk menonjolkan kebudayaan Melayu Sarawak kepada orang ramai khususnya masyarakat tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan