Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja penyelenggaraan melecur kira-kira 30 peratus pada kaki selepas terjatuh di dalam kawah zink panas di sebuah kilang di Taman Perindustrian di sini hari ini. Foto, JBPM.

Pekerja penyelenggaraan melecur jatuh dalam kawah zink panas

NIBONG TEBAL, 9 Dis: Seorang pekerja penyelenggaraan cedera parah dan melecur pada kedua-dua belah kaki selepas terjatuh di dalam kawah zink bersuhu 450 darjah celsius di sebuah kilang di Taman Perindustrian di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.58 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, bomba yang tiba kemudiannya mendapati, mangsa lelaki berusia 40-an terjatuh di dalam sebuah kawah zink berkeluasan kira-kira 9 meter persegi.

“Kawah berkenaan bersuhu tinggi iaitu 450 darjah selsius.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa melecur pada kaki sebanyak 30 peratus dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap di sini bagi rawatan sebelum operasi yang dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan BBP Sungai Bakap itu ditamatkan pukul 11.32 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan