Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Babak pertarungan ketika Jojo menumbangkan Tabares dalam masa 36 saat.

Cuma 36 saat, Jojo tumbangkan Tabares

BySaibi Gi

KUCHING, 9 Dis: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo menumbangkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares dalam masa 36 saat.

Pertarungan di gelanggang ONE Fight Night di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

“Nama saya Johan dan dalam Bahasa Melayu ia bermaksud ‘champion’.

“Saya akan sentiasa membawa misi untuk membuktikan maksud nama saya (Johan) dan akan membuktikan bahawa saya yang termuda jaguh Muay Thai One Championship selamanya. Insya-Allah,” katanya sejurus diumum sebagai pemenang menewaskan Tabares yang berumur 29 tahun.

Beliau menambah:

“Ini adalah babak dalam perjuangan saya. Apabila balik (Kuching) saya akan menambahbaik apa jua kekurangan”

Jojo yang berusia 17 tahun membuat penampilan sulung dalam Primetime US.

Sebelum ini, Jojo melakar sejarah apabila berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000), sekali gus menjadikannya atlet termuda me­raih kejayaan itu.

Jojo mendapat kontrak tersebut selepas menumpaskan petarung Russia, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan