Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di London pada Khamis bersama rombongan Kerajaan Negeri dalam rangka lawatan kerja ke United Kingdom.

Premier Sarawak tiba di London bagi lawatan kerja dua hari

LONDON, 8 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di London pada Khamis bersama rombongan Kerajaan Negeri dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke United Kingdom.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan, beliau diiringi Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki tiba di The Park Tower Knightbridge Hotel di sini pada jam 8.30 malam waktu tempatan.

Turut sama dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Premier Sarawak akan mengetuai delegasi kerajaan negeri dalam program MINTRED Connects@London 2023 di Hyatt Regency The Churchill pada jam 10 pagi waktu tempatan pada Jumaat yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan rangkaian kerjasama di antara usahawan dari Sarawak dengan bakal rakan kongsi dan pelabur dari seluruh dunia.

Pada sebelah petang pula, Premier Sarawak dijadualkan menghadiri mesyuarat bersama pihak British Petroleum disusuli mesyuarat dengan Hambro Perks.

British Petroleum ialah sebuah syarikat minyak dan gas multinasional British yang beribu pejabat di London, manakala Hambro Perks merupakan sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada perniagaan yang didayakan teknologi dengan operasi perniagaan utama di United Kingdom.

Pada Sabtu pula, Datuk Patinggi Abang Zohari dijangka melakukan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom serta pegawai-pegawai dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan