PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara tidak akan berakhir pada 28 Jun 2021.
Malah ia akan dilanjutkan sehingga jumlah kes COVID-19 kurang daripada 4,000 kes.
Menurut Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, rancangan itu terbahagi kepada empat fasa, di mana fasa pertama ketika ini perlu memenuhi tiga nilai ambang sebelum dapat beralih ke fasa kedua.
Antara tiga nilai petunjuk yang perlu dicapai adalah jumlah kes COVID-19 harian kurang daripada 4,000.
Kedua pula adalah kadar penggunaan katil di wad ICU berada pada paras sederhana, dan ketiga, kadar vaksinasi nasional mencapai sekurang kurangnya 10%.
Sementara itu, Muhyiddin turut mengatakan bahawa kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif kepada masyarakat pada hari Isnin atau Selasa.