Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiang bendera tertinggi di Malaysia berdekatan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching akan dirasmikan pada 31 Disember ini. Foto: TVS

Perasmian tiang bendera tertinggi negara pada 31 Disember

ByAmirah Shawel

KUCHING, 5 Dis: Tiang bendera tertinggi di Malaysia berdekatan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini akan dirasmikan pada 31 Disember ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata majlis berkenaan akan berlangsung di lokasi tiang berkenaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Tiang bendera berkenaan dibina dengan ketinggian 99 meter.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata majlis berkenaan merupakan antara acara yang bakal menyerikan sambutan ambang tahun baharu 2024 yang diadakan di Tebingan Kuching.

Pada sidang media Perhimpunan Agung Tritahunan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) ke-17 di sini, hari ini beliau berkata, antara pengisian program adalah termasuk persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api.

“Saya harap cuaca baik kerana kita mahu adakan pertunjukan bunga api. Sambutan tahun baru tidak lengkap tanpa pertunjukan bunga api,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan