Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 6,009 orang mangsa banjir di Pasir Mas masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi ini. Foto fail: Bernama

Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas kekal 6,009 pagi ini

ByBernama

KOTA BHARU, 5 Dis: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal seperti direkodkan malam tadi dengan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 903 orang daripada 296 keluarga; SK Sri Rantau Panjang 2 (1,881 orang, 629 keluarga); SK Gual To’Deh (813 orang, 264 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa, 41 keluarga).

Sebanyak 210 orang daripada 55 keluarga berlindung di PPS Madrasah Tasek Bakong; Masjid Mukim Padang Licin (131 orang, 55 keluarga); SK Sri Kiambang (345 orang, 107 keluarga) dan SMK (A) Lati (84 orang, 22 keluarga).

Lima lagi PPS iaitu SK Chicha Tinggi merekodkan sejumlah 249 orang daripada 70 keluarga; SK Lati (223 orang, 62 keluarga); SMK Baroh Pial (710 orang, 260 keluarga); SK Gual Periok (269 orang, 79 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (38 orang, 12 keluarga). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan