Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengambil keterangan 12 daripada 14 pelajar lelaki OKU sebuah sekolah di Kepala Batas yang dipercayai menjadi mangsa cabul oleh rakan berusia 13 tahun. Foto hiasan. Envato

Polis ambil keterangan 12 daripada 14 pelajar OKU mangsa cabul

KEPALA BATAS, 4 Dis: Polis telah mengambil keterangan 12 daripada 14 pelajar lelaki orang kelainan upaya (OKU) sebuah sekolah di sini yang dipercayai menjadi mangsa cabul oleh rakan berusia 13 tahun baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya ketika ini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang dijangka pada minggu ini.

“Ketika ini suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil. Keterangan daripada 12 mangsa juga telah diambil bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Media pada 2 Disember lalu melaporkan, polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di sebuah sekolah menengah di sini selepas menerima laporan berhubung kejadian cabul terhadap 14 rakannya.

Suspek yang juga OKU dikatakan bertindak demikian terhadap pelajar berusia 13 dan 14 tahun yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan