Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan motosikal dan pikap selepas bertembung di KM128 Jalan Sibu-Bintulu petang Ahad. Foto: IPD Mukah

Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung pikap

MUKAH, 4 Dis: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah pikap di Kilometer 128 Jalan Sibu-Bintulu di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Arsernal Mohd Jonid, 30, yang cedera parah di kepala dan tangan kiri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, siasatan awal polis mendapati pikap Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun bersama seorang penumpang berusia 31 tahun bergerak dari arah Bintulu manakala mangsa menunggang motosikal Yamaha RXZ dari Selangau.

“Ketika sampai di KM128 Jalan Sibu-Bintulu pikap terbabit telah melanggar motosikal ditunggang mangsa dipercayai memasuki laluan pikap tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada semalam.

Muhamad Rizal berkata, akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tatau.

“Pemandu dan penumpang pikap tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa telah dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan, seorang lelaki turut terkorban selepas motosikal jenis SYM yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di KM12 Jalan Mukah-Balingian pada jam 5 petang semalam.

Mohammad Isa Abdullah, 27, yang bekerja sebagai penyelia ladang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian badan dan tangan manakala pemandu dan penumpang hadapan kereta berkenaan tidak cedera.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan