Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lydia Hyginus (tengah) diapit pemenang lain selepas dinobat 'Ratu Sarikei' sempena Pesta Nanas dan Buah-buahan Sarikei. Foto: UKAS.

Lydia Hyginus dinobat ‘Ratu Sarikei’  

SARIKEI, 3 Dis : Graduan Sarjana Muda Pemasaran Universiti Teknologi Mara (UiTM), Lydia Hyginus dinobat ‘Ratu Sarikei’ sempena Pesta Nanas dan Buah-Buahan di sini, malam tadi.

Menerusi kemenangan itu, Lydia, 24, membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, selempang ratu, jambangan bunga dan piala.

Lebih manis apabila ia kemenangan keenam bagi anak kelahiran Kuching tersebut.

Lydia ketika dihubungi menzahirkan perasaan gembira dengan kemenangan itu sambil menghargai sokongan padu keluarga dan rakan-rakannya.

“Terima kasih sentiasa menyokong saya walau di mana pun saya bertanding. Begitu juga ahli keluarga yang mendukung dan memahami minat saya dalam bidang ini,” katanya.

Naib juara disandang Vanessa Grace Tali, 18, dari Kanowit manakala, tempat ketiga menjadi milik, peserta Bintangor Rosiah Arbi, 24.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000 serta hadiah iringan.

Dalam pada itu, pemenang keempat hingga ketujuh, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM300.

Saingan peringkat akhir menyaksikan kesemua peserta memperagakan ‘Glamorous Evening Dress’ sebagai tema utama.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Datin Asiah Awai, isteri Timbalan Menteri Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Turut hadir Residen Sarikei, Michael Ronnie Langgong dan Pegawai Daerah Sarikei, Kathreen Lalai Eddie Saga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan