Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 98 individu ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Sibu malam tadi. Foto: TVS

98 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Sibu, ubah suai ekzos kesalahan terbanyak

SIBU, 2 Dis: Kesalahan mengubah suai ekzos motosikal menjadi kesalahan terbanyak yang dikesan dalam Operasi Bersepadu (OP) Samseng Jalanan yang membawa kepada penahanan 98 individu di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, dalam operasi tersebut individu yang ditahan termasuk 89 lelaki dan sembilan wanita berusia 16 hingga 30 tahun.

Menurutnya, operasi enam jam itu dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di Jalan Awang Ramli Amit dan sekitar Pusat Bandar Sibu.

“Dalam operasi ini, pihak polis telah mengesan pelbagai jenis kesalahan yang dilakukan terutamanya dari segi pengubahsuaian pada motosikal yang tidak mengikut spesifikasi undang-undang di mana kesemua 38 buah motosikal yang ditahan menggunakan ekzos yang telah diubahsuai (tidak mengikut peraturan),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesalahan lain yang turut dikesan termasuk kesalahan tiada lesen memandu, ubahsuai struktur, tiada cermin sisi, plat nombor tidak mengikut peraturan dan kesalahan lampu.

“Dalam operasi ini juga, polis telah memeriksa sebanyak 87 buah motosikal di mana 38 buah motosikal ditahan untuk tujuan dokumentasi serta mengeluarkan sebanyak 162 keping saman atas pelbagai kesalahan,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan agar orang awam supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan ibu bapa juga disaran supaya memantau dan peka dengan aktiviti anak-anak mereka agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan