Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Hanifah Hajar Taib menyampaikan sumbangan persediaan sekolah 'Back To School' kepada salah seorang pelajar sekolah rendah di Mukah. Foto: TVS

Setiap perayaan diraikan di Mukah, erat perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Hanifah

MUKAH, 2 Dis: Setiap perayaan akan diraikan di Mukah bagi mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib.

Ahli Parlimen Mukah itu berkata, beliau mahu memastikan keseimbangan dalam masyarakat itu wujud melalui sambutan perayaan yang terlihat ringkas tapi impaknya besar kepada masyarakat.

“Kita ingin memastikan bahawa kita masih mengekalkan perpaduan dan memastikan setiap keramaian yang ada pada kita masyarakat di sini diraikan bersama.

“Saya tidak mahu kita hanya mementingkan suatu kaum atau agama dan ada yang akan merasa ketinggalan jadi saya ambil kesempatan untuk memesrakan lagi sambutan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Festival Krismas Mukah di Dataran Pehin Setia Raja Mukah hari ini.

Dengan itu katanya, keceriaan setiap perayaan juga dapat dinikmati bersama.

Dalam pada itu, Hanifah berkata, Festival Krismas Mukah adalah kesempatan untuk menjalin kemesraan bersama rakyat dan ia diadakan dalam skala sambutan lebih besar pada tahun ini.

“Pelbagai aktiviti turut dianjurkan seperti Christmas Parade, Sukan Rakyat, Bintang Karaoke Cats, persembahan artis dari Semenanjung Malaysia, Senamrobik dan Cabutan Bertuah.

“Selain daripada ini, kita ada aktiviti melukis, karaoke dan kemuncak adalah malam ini, menghidupkan cahaya pokok krismas dan ini membolehkan kita dapat bersama dengan keluarga menjalankan aktiviti bersama anak-anak,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Hanifah turut menyampaikan sumbangan persediaan sekolah ‘Back To School’ oleh Equity National Berhad (EKUINAS) dan Kementerian Ekonomi kepada seramai 200 orang pelajar daripada 37 sekolah rendah di kawasan Parlimen Mukah.

Selain itu, seramai 200 orang asnaf dari kawasan itu turut menerima sumbangan bakul makanan oleh Yayasan Petronas.

Stesen radio tempatan, CATS FM turut serta memeriahkan Festival Krismas Mukah yang bermula 1 sehingga 3 Disember menerusi program ‘Cats Day Out’-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan