Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media Hari Belia Sarawak 2023 di sini, hari ini. Foto, TVS.

Kerajaan Sarawak perkasakan program belia berkonsep ‘7K’

ByNazirah Adlina

KAPIT, 2 Dis: Kerajaan Sarawak akan memperkasakan golongan belia di negeri ini menerusi konsep ‘7K’, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut beliau konsep ‘7K’ itu merangkumi pendekatan Kepimpinan, Kesukanan, Keusahawanan, Kreativiti, Kebudayaan, Kesukarelawan dan Kerohanian yang menjadi teras dalam merencanakan sebuah program yang relevan dengan belia.

Kerajaan Sarawak perkasa program belia berkonsep ‘7K’ | TVS

Abdul Karim juga mahu inisiatif berkenaan akan menarik minat belia untuk menyertai program-program yang telah dilaksanakan oleh kementeriannya.

“Saya ingin menarik perhatian semua yang mana sejumlah 822 program pembangunan belia melibatkan 622,425 telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan kerjasama pihak Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, SABERKAS, PEMADAM dan persatuan-persatuan belia dan sukan seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri MYSED, Dato Gerald Rentap Jabu Hari Belia Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri MYSED (Pembangunan Usahawan) Datuk Dr. Ripin Lamat dan Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak(Undang-Undang Dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat serta Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir. Aidel Lariwoo.

Sementara itu menurut Abdul Karim kerajaan kini sedang merangka Sarawak Youth indeks 2.0 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui kerjasama Youth Research Malaysia (IYRES).

“Kajian berkenaan akan dilaksanakan pada tahun 2024 nanti, melibatkan 19,600 belia daripada 45 daerah di seluruh Sarawak. Antara domain kajian adalah Domain Pendidikan, Domain Ekonomi, Domain Kesejahteraan Mental dan Fizikal, Domain Sosialisasi Politik dan Demokrasi, Domain Nilai dan Identiti dan Domian Media dan Digital,” katanya.

Beliau menambah melalui kajian itu kementerian akan membangunkan pengurusan data serta merangka strategi pembangunan belia Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan