Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Maksak Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang ketika ditemui TVS selepas menyampaikan sumbangan kepada Penghuni Rumah Kanak-Kanak (RKK) Ajibah Abol, Sri Aman, hari ini. Foto: TVS

Maksak Wanita Sarawak ceriakan penghuni RKK Ajibah Bol sempena Krismas

SRI AMAN, 2 Dis: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak menyampaikan sumbangan kepada 16 penghuni di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Ajibah Abol di sini, sempena perayaan Krismas tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi Maksak Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang, di samping hadir bagi merasmikan pertandingan bola jaring sempena Karnival Sarawak Civil Service (SCS) ia juga satu peluang bagi menyantuni anak-anak di RKK tersebut.

Jelasnya, program ringkas itu merupakan acara tahunan bagi mereka untuk memberikan sumbangan kebajikan dalam setiap sambutan perayaan.

“Kami mengambil kesempatan mengadakan program kebajikan sempena Hari Krismas untuk kanak kanak di RKK Ajibah Abol yang merupakan acara tahunan Maksak Wanita merayakan setiap hari perayaan dengan sumbangan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyampaikan sumbangan kepada penghuni RKK Ajibah Abol hari ini.

Tambahnya, sumbangan yang diberikan diharap mampu memberikan keceriaan serta kegembiraan bagi anak-anak di RKK ini sempena sambutan Hari Krismas kelak.

“Kami memberi sedikit buah tangan serta sumbangan wang tunai dan kami berharap dengan sumbangan ini ia dapat menceriakan kanak-kanak  RKK Ajibah Abol,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan