Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun ditahan berhubung kes buang bayi di Kuching, hari ini. Foto hiasan: Envato

Remaja lelaki ditahan berkaitan kes buang bayi

KUCHING, 1 Dis: Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun ditangkap berhubung kes buang bayi di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata remaja tempatan berkenaan merupakan pasangan kepada gadis yang melahirkan bayi yang kemudiannya dijumpai di sebuah kawasan perumahan di Semariang.

Menurutnya, suspek diberkas pada kira-kira 11.05 pagi ini.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Pada malam Rabu lepas, polis menangkap remaja perempuan berumur 14 tahun.

Menerusi kenyataan sebelum ini, Ahsmon berkata, selepas menerima maklumat, polis pergi ke lokasi di kawasan perumahan itu dan mendapati bayi tersebut masih hidup serta dalam keadaan sihat.

Bayi tersebut dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 317, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan