Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan umat Islam agar menghayati semangat Ramadan dengan memperkukuh disiplin diri dan menyantuni golongan kurang bernasib baik. Foto fail Bernama

PM Anwar membayangkan rombakan kabinet bulan ini

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Ketika diajukan soalan berkaitan rombakan Kabinet selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 18, di sini, Anwar telah memanggil seorang kanak-kanak Akmal Hafiz Yaseer Arafat, 12, dan memintanya untuk mengulangi soalan berkenaan sebagai mewakili pemberita.

PM Anwar beri bayangan rombakan kabinet bulan ini | TVS

“Datuk Seri, bila rombakan Kabinet,” tanya kanak-kanak tersebut.

“Akmal cadang bila, sebelum atau selepas 2024,” tanya Anwar kepada kanak-kanak berkenaan dan Akmal Hafiz menjawab: “Sebelum 2024”.

“Dia jawab sebelum 2024. Saya setuju,” kata Anwar.

Terdahulu, Anwar bersama kira-kira 2,000 jemaah termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menunaikan solat Jumaat di surau berkenaan yang diimamkan oleh Imam I Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Amirul Aqif Ismail.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Memaknakan Kekayaan Dengan Berzakat’ yang kandungannya antara lain mengajak umat Islam untuk menunaikan zakat dan mengikis sifat bakhil demi meraih keredhaan Allah SWT.

Usai solat Jumaat, Perdana Menteri turut meluangkan masa menjamu selera di pekarangan surau dan beramah mesra dengan jemaah termasuk kanak-kanak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan