Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi ditemui media selepas selesai lawatan kerja di IOT Senari, Kuching, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi ditemui pemberita selepas selesai lawatan kerja di IOT Senari, Kuching, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

PetrosNiaga akan bekalkan 700,000 silinder gas LPG sebulan di Sarawak – Julaihi

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Dis: PetrosNiaga Sdn Bhd (PetrosNiaga) berupaya membekalkan sejumlah 700,000 silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi ke seluruh Sarawak setiap bulan bagi memenuhi permintaan pengguna domestik di negeri ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, anak syarikat Petroleum Sarawak Berhad (Petros) itu turut mempunyai bekalan tong gas lebihan yang mencukupi sebelum mengambil alih keseluruhan perniagaan LPG di Sarawak kelak.

Menurutnya, terdapat dua fasiliti pengisian gas LPG di Sarawak, iaitu di Independent Oil Terminal (IOT) Senari, di Kuching dan Terminal LPG Bintulu, di Bintulu.

“Sebanyak 16,000 tong gas LPG boleh dihasilkan dalam tempoh sehari dan ia boleh mencecah sehingga 22,000 sehari.

“Ini bermakna dalam tempoh sebulan didarabkan dengan 30 hari (480,000 sebulan), jadi mereka mempunyai kapasiti yang mencukupi dan sebentar tadi kita juga telah melihat proses pengisiannya yang mesti cukup 14 kilogram (kg) untuk satu tong gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai lawatan kerja di IOT Senari, yang turut disertai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata, dakwaan perniagaan LPG di Sarawak dimonopoli pihak Petros adalah tidak benar kerana terdapat penglibatan dan kerjasama daripada syarikat lain termasuk Petronas Dagangan Bhd (PDB) dan Senari Synergy Sdn Bhd.

“Ini yang perlu kita tekankan, bukan hanya Petros sahaja (yang terlibat secara seratus peratus) dan ia tidak melambangkan monopoli seperti yang didakwa pihak tertentu.

“Petros dengan Petronas adalah dua syarikat, di mana satu syarikat minyak dan gas negara dan satu lagi ialah syarikat tempatan daripada Sarawak. Jadi, ia melibatkan banyak pihak bukan satu pihak sahaja,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan