Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto Bernama

ISM laksana 31 Program Kejurulatihan Antigangguan Seksual setakat ini – Nancy

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Institut Sosial Malaysia (ISM) setakat ini telah melaksanakan 31 Program Kejurulatihan Antigangguan Seksual bagi memberi kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan Akta Antigangguan Seksual (AAGS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata program yang dilaksanakan melalui bengkel, dialog awam dan seminar itu melibatkan 1,570 peserta dari seluruh negara untuk dilatih menjadi ejen menyebarkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan gangguan seksual kepada masyarakat.

Pembinaan makmal subfertiliti di LPPKN akan dibincang bersama Kerajaan Sarawak

Beliau berkata pelaksanaan bengkel itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti jabatan dan agensi kerajaan peringkat Persekutuan, negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta badan bukan kerajaan, sukarelawan dan komuniti di seluruh negara.

“ISM juga telah menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa dengan Australian Institute of Social Relations (AISR) di Adelaide, Australia yang telah menerima penyertaan empat pegawai ISM bagi meningkatkan kapasiti modal insan warga kerja.

“ISM merupakan agensi Kerajaan pertama di dunia yang menyertai latihan di AISR yang berlangsung pada 22 hingga 28 Okt 2023 yang lalu, syabas saya ucapkan,” katanya pada Majlis Apresiasi Semurni Usaha Bersama Rakan Strategik Institut Sosial Malaysia hari ini.

Menurutnya bagi tahun depan, ISM akan menggiatkan lagi usaha untuk melebarkan jaringan kolaborasi strategik di peringkat antarabangsa khususnya dengan beberapa institusi pendidikan dan latihan di peringkat rantau Asia Tenggara atau ASEAN.

Sementara itu, Nancy berkata beliau mengalu-alukan jalinan kerjasama strategik antara ISM iaitu agensi di bawah kementeriannya dengan jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan kerana ia menggalakkan interaksi dan mengukuhkan jaringan.

“Ia juga bertujuan untuk membantu dalam pembangunan dan peningkatan dasar, peranan, fungsi, misi dan visi ISM khususnya untuk jangka panjang. Kerjasama ini amatlah penting bukan sahaja untuk kejayaan program kementerian, tetapi untuk mengalakkan kepelbagaian pihak dalam membuat keputusan dan merancang masa depan KPWKM,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan