Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama delegasi tempatan dan antarabangsa yang hadir pada Forum Perniagaan Global Muslim (GMBF) 2023 di BCCK, hari ini. Foto, TVS.

Syarikat antarabangsa dipelawa melabur di Sarawak dalam ekonomi global Islam

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 Nov: Komuniti perniagaan dan pelabur antarabangsa dipelawa untuk memilih Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama mereka dalam ekonomi Islam.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana Sarawak menyediakan pelbagai peluang untuk dimanfaatkan.

Kata beliau, Sarawak juga memiliki pelbagai faktor tarikan seperti infrastruktur yang mantap, dasar kerajaan yang menyokong pelaburan dan kedudukan strategik di Asia Tenggara.

“(Oleh itu) Sarawak menawarkan peluang unik untuk usaha niaga anda.

“Sarawak kini sedang mempromosi ekonomi digital dan hijau, selain memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian kepada penyahkarbonan,” katanya.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Majlis Penutupan Forum Perniagaan Global Muslim (GMBF) 2023 di BCCK, hari ini. Foto, TVS.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Forum Perniagaan Global Muslim (GMBF) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, sektor ekonomi yang diberi tumpuan oleh Kerajaan Sarawak itu tidak boleh diabaikan kerana memiliki potensi besar selain masih belum diteroka sepenuhnya oleh komuniti antarabangsa.

Sehubungan itu beliau menyarankan kepada pemain-pemain industri agar menjalinkan kerjasama yang strategik bagi memanfaatkan peluang berkenaan dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi global.

“Menurut Adroit Market Research pada November 2023, nilai saiz pasaran halal dijangka mencecah hampir USD 3.0 trilion menjelang 2029, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 5.6 peratus.

“Sektor ekonomi baharu seperti ekonomi digital, ekonomi kitaran, kecerdasan buatan (AI), ekonomi hidrogen, pelancongan mampan dan pertanian persis akan menjadi pemangkin kepada fasa pertumbuhan ekonomi seterusnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan