Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan edisi terbaharu The Sarawak Museum Journal. Foto: TVS

The Sarawak Museum Journal kini tampil dengan jilid ke-107

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Nov: ‘The Sarawak Museum Journal’ yang merupakan penerbitan tertua di rantau ini, kini tampil dengan jilid ke-107.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata jurnal berkenaan menampilkan 10 artikel.

“Jurnal ini memaparkan artikel dari pelbagai bidang seperti sains sosial, sejarah, arkeologi, sejarah semula jadi dan pemuliharaan warisan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Warisan Sarawak di sini, hari ini.

Jurnal Muzium Sarawak boleh dibeli mulai 1 Disember dari Jabatan Muzium Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan