Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BNM, Bank Negara Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS)

Operasi BNM bantu kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM41.51 bilion dan sejumlah RM31.15 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia turut mengadakan dua tender repo berbalik iaitu RM1 bilion bagi jangka masa 29 dan 91 hari, serta dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM600 juta (tujuh hari)  dan tender RM100 juta (14 hari).

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM42.0 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM30.5 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan