Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap semasa Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) ke-2 2023 di Kuching. Foto:TVS

Sawit menjamin pengeluaran bulanan konsisten – TPM Fadillah

KUCHING, 29 Nov: Tanaman kelapa sawit beri jaminan kepada pengeluaran bulanan yang konsisten berikutan ia memiliki jangka hayat panjang iaitu 25 hingga 30 tahun, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut beliau melalui perkara tersebut, ia menjadi produk berkepentingan secara global kerana penggunaan produk berasaskan sejenis minyak sayuran telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua dekad yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata lagi pihaknya komited terhadap penyelidikan dan pembangunan minyak sawit melalui Lembaga Minyak Sawit (MPOB) bagi meningkatkan pengeluaran, kualiti dan kemampanannya sekaligus menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global.

Jelasnya, minyak sawit Malaysia telah menjadi peranan yang signifikan untuk industri makanan kerana pada tahun 2020 sahaja, penggunaan minyak sawit global adalah sebanyak 75.45 tan metrik dan ia menjadi bukti kepentingannya.

“Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah pengimport bersih minyak serta lemak dan minyak sawit Malaysia telah menjadi pengubah permainan yang signifikan untuk mereka.

“Dengan harga berpatutan dan berkhasiat, minyak sawit dari negara kita menambah nilai yang besar kepada sektor ini,” katanya ketiks berucap semasa Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) ke-2 2023 di Kuching pada Rabu.

Selain itu, beliau berkata prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) berdiri sebagai tonggak yang menyokong operasi MPOB bagi membimbing ke arah etika, amalan perniagaan yang mampan dan bertanggungjawab.

Ia bertujuan untuk memulihara sekurang-kurangnya 50 peratus daripada daratan kita di bawah hutan dan litupan pokok.

“Kita bertujuan untuk memulihara sekurang-kurangnya 50 peratus daripada daratan kita di bawah hutan dan litupan pokok kerana kita bukan sahaja menyumbang kepada alam sekitar tetapi mengukuhkan tonggak kestabilan makanan keselamatan.” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan