Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto: TVS

DUN: Siling perbelanjaan RMK-12 Sarawak dinaikkan kepada RM38 bilion

ByMarzella Sigai

KUCHING, 29 Nov: Kerajaan Sarawak telah menambah jumlah siling perbelanjaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) kepada RM38 bilion untuk mempercepatkan momentum pembangunan di Sarawak selaras dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pada permulaan RMK ke-12 (RMK-12) dilaksanakan, sejumlah RM30 bilion telah diluluskan untuk membiayai 1, 104 projek pembangunan di seluruh Sarawak.

“Bilangan projek yang diluluskan telah meningkat daripada 1,104 kepada 1,433 iaitu 72 peratus, 1,036 projek fizikal iaitu 28 peratus dan 397 bukan fizikal, termasuk geran, sumbangan, pelaburan, program dan acara.

“Sehingga Oktober 2023, 171 daripada 1,036 projek fizikal iaitu sebanyak 17 peratus telah siap. Baki 865 projek sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baru pada hari kelapan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Tambahan jumlah siling itu juga, ujar Uggah, ia membolehkan pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan strategik dengan matlamat untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Selain daripada itu, katanya lagi, kebanyakkan projek tersebut mengalami masalah kelewatan disebabkan pandemik COVID-19 sejak tiga tahun yang lalu, namun sudah kembali rancak dijalankan apabila ekonomi dibuka semula pada awal tahun lalu.

“Perbelanjaan dijangka terus meningkat apabila aktiviti projek terus berjalan,” ujarnya lagi.

Menurut Uggah, perbelanjaan kumulatif dari tahun 2021 hingga Oktober 2023 berjumlah RM16.9 bilion, atau 45 peratus daripada semakan jumlah siling perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-12 Sarawak sebanyak RM38 bilion.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan