Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rata-rata orang ramai berpendapat tambang penerbangan yang tinggi sering menjadi beban kepada rakyat, terutama pelajar dan pekerja yang perlu berulang-alik antara Sarawak dan Semenanjung. Foto hiasan, Envato.

DUN: Indonesia setuju penerbangan Kuching-Pontianak dihidupkan semula tahun hadapan

KUCHING, 27 Nov: Penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak dijangka diwujudkan semula tahun hadapan, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin.

Beliau berkata Indonesia secara prinsipnya bersetuju untuk pengoperasian penerbangan berkenaan pada Mesyuarat Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) yang diadakan bulan lepas.

“Bagaimanapun, bila (tarikh pengoperasian) penerbangan itu kita tak tahu dan dari segi kekerapan penerbangan belum dibincangkan tetapi AirAsia sudah menunjukkan (minat) untuk terbang ke laluan ini,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungannya pada persidangan berkenaan, Lee berkata Malaysia telah membangkitkan dalam Air Linkages Working Group bahawa laluan penerbangan dalam kawasan BIMP-EAGA menghubungkan Sarawak dan Pontianak, Indonesia telah digantung sejak Mac 2022.

“Dalam mesyuarat itu, Malaysia telah mencadangkan kepada kerajaan Indonesia untuk menyambung semula pengoerasian Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio di Pontianak,” katanya

Dalam pada itu, beliau berkata laluan bas antara sempadan Singkawang-Kuching bakal bermula 1 Dis ini, dengan dua bas dari bandar raya ini akan digerakkan sebagai permulaan.

Kerajaan negeri, katanya akan memperluas perkhidmatan bas rentas sempadan berkenaan dari semasa ke semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan