Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kekerapan syarikat penerbangan Scoot setakat ini adalah sebanyak 3 kali dalam seminggu. Foto, Flyscoot (IG)

DUN: Scoot setuju tambah frekuensi penerbangan ke Sibu, Miri

KUCHING, 27 Nov: Singapura bersetuju untuk menambah frekuensi penerbangan terus dari Singapura-Miri dan Singapura-Sibu.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pihaknya telah berbincang dengan pihak syarikat penerbangan Scoot bagi tujuan berikut.

“Scoot telah berjumpa dengan saya pada September lalu dan kita dah bincang. Scoot akan menambah penerbangannya ke Sarawak dan kita sedang menunggu kapal terbang baharu.

“Mereka telah memberitahu kepada saya akan membeli 9 buah kapal terbang baharu dan kapal terbang baru akan digunakan untuk penerbangan dari Singapura ke Sarawak.

Beliau pada sidang media selepas sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada Isnin.

Dalam pada itu, Lee mendedahkan kekerapan syarikat penerbangan Scoot setakat ini adalah sebanyak tiga kali dalam seminggu.

“Sekarang pun Scoot ada penerbangan setiap hari ke Kuching 3 kali seminggu ke Miri.

“Jadi mereka pun setuju secara prinsip dan bincang bagaimana mereka kalau dapat terbang ke Sibu mohon untuk terbang ke Sibu.

“Pada bulan ini, saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan berhubung cadangan mereka untuk menambah penerbangan ke Sibu dan mereka kata rancangan itu akan dilaksanakan,” ujarnya.

Terdahulu, Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memutuskan untuk menggantung operasi penerbangan terus dari Singapura-Miri dan Singapura-Sibu berkuat kuasa 21 Februari 2024 memaklumkan penggantungan itu menerusi e-mel pada 7 November lalu.

Antara faktor keputusan tersebut diambil adalah jumlah penumpang yang rendah, kerugian besar dan sebahagian daripada inisiatif merasionalkan operasi penerbangan kerana kekurangan pesawat global.

Setakat ini, Airasia beroperasi empat kali seminggu dari Singapura-Miri dan tiga kali seminggu Singapura-Sibu dengan kapasiti muatan purata masing-masing 69 peratus dan 67 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan