Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Jerip Susil (tengah) bergambar bersama peserta yang mengikuti program Sarawak Career and Training (SCaT) di sini hari ini. Foto, TVS.

10,000 pengunjung hadiri Karnival SCaT di Kuching

KUCHING, 26 Nov: Hampir 10,000 pengunjung membanjiri Wisma Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) sempena program Sarawak Career and Training (SCaT).

Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu bertujuan menyalurkan maklumat mengenai peluang pekerjaan serta mempromosikan institusi pengajian tinggi di Sarawak kepada golongan belia termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Darat), Datuk Dr Jeril Susil berkata, pada awal penubuhan SCaT, ia memberi tumpuan mempromosikan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan yang berminat.

“Sekarang, seiring dengan saranan dan visi Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam teknologi, karnival SCaT telah ditambah baik dengan program Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) bagi memupuk minat pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum Majlis Penyampaian Hadiah SCaT Bahagian Kuching di sini petang tadi.

Seramai 30 institusi pendidikan tempatan dan 10 agensi bantuan kewangan mengambil bahagian dalam mempromosikan pelbagai bidang pendidikan.

Turut berlangsung temu duga terbuka oleh 30 agensi dari pelbagai industri yang mengambil bahagian dalam karnival tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan