Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Limpahan air banjir berhampiran benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok baru-baru ini. Foto Bernama.

Bayi 18 bulan korban pertama banjir di Kelantan

ByBernama

KOTA BHARU, 26 Nov: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan menjadi korban pertama banjir di Kelantan kali ini apabila ditemukan lemas di sungai berhampiran rumahnya dekat Kampung Kenari, di sini pada pukul 12.17 tengah hari tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Tengkujuh: Hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak, November hingga Januari

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam kenyataan memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada pukul 1.40 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menjalankan operasi mencari di kawasan bayi itu dilaporkan terjatuh.

“Berdasarkan laporan, mangsa dikatakan bermain di belakang rumah sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan