Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semawi Mohamad bersama para peserta Program Motivasi Ibu Bapa dan Anak Penjawat Awam MAKSAK Sarawak, Pecutan Akhir SPM 2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Undang-undang Ombudsman tingkatkan keyakinan pelabur menanam modal di Sarawak

KUCHING, 25 Nov: Orang ramai kini boleh menyalurkan maklumat dan aduan mengenai salah laku penjawat awam kepada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak.

Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Semawi Mohamad berkata undang-undang Ombudsman yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada minggu lepas bertujuan mengekang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan perkara yang tidak memenuhi peraturan.

“Dengan adanya undang-undang Ombudsman ini iaitu undang-undang Ombudsman yang pertama di Malaysia, ia akan mengukuhkan lagi sistem pentadbiran di Sarawak.

“Ia akan memberikan kepercayaan kepada pelabur-pelabur yang akan datang ke Sarawak kerana pelabur sudah pasti mahu dana dilaburkannya dikendalikan seseorang yang berintegeriti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Motivasi Ibu Bapa dan Anak Penjawat Awam MAKSAK Sarawak, Pecutan Akhir SPM 2023 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, penubuhan unit tersebut sejak lima tahun lalu adalah bertujuan bagi menyebar dan menanamkan integriti di semua peringkat.

Ia bukan sahaja terhad dalam kalangan kakitangan awam di peringkat negeri dan persekutuan tetapi juga kepada pelbagai golongan lain meliputi golongan belia, pelajar sekolah, pelajar universiti dan Ketua Masyarakat dan Kaum (KMKK). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan