Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT FAIR) 2023 di Wisma SABATI, Kuching. Foto: TVS

TEGAS bangunkan hotel digital nomad pertama di Borneo, mudahkan penyelidik, pelajar

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Nov: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) akan membangunkan sebuah hotel digital nomad iaitu ‘TEGAS Digital Co-Living Lodge’ yang menelan kos sebanyak RM71 juta.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hotel digital nomad yang akan dibina itu berpotensi menjadi yang pertama di Borneo dan akan siap dalam tempoh tiga tahun akan datang.

TEGAS bangunkan hotel digital nomad pertama di Borneo.

Menurutnya, antara kemudahan yang disediakan kelak, khas bagi menyediakan penyelidik dan pelajar  membuat kerja penyelidikan di TEGAS Village serta memberi tempat tinggal kepada mereka untuk jangka masa pendek.

“Kita bangunkan ‘TEGAS Digital Co-Living Lodge’ kerana sudah nampak kejayaannya dalam TEGAS Village yang mana anak-anak Sarawak dapat membangunkan serta mewujudkan beberapa aplikasi dan ini membuktikan bakat mereka sangat menyerlah.

“Sebagai contoh, kita sudah membangunkan satu aplikasi khusus bagi aplikasi isyarat yang menyegerakan pergerakan ART dan juga lampu isyarat dan ini adalah teknologi terkini daripada Sarawak yang saya rasakan pertama kali dibangunkan di Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT FAIR) 2023 di Wisma SABATI di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi TEGAS merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Katanya lagi, pembangunan dengan kelengkapan fasiliti tersebut amat diperlukan bagi memastikan kerja-kerja penyelidikan dapat dibuat dengan sebaiknya, pada masa sama, antara fasiliti yang akan disediakan kelak adalah kemudahan gim, ‘mini studio’ yang membolehkan mereka membuat pementasan drama.

“TEGAS Digital Co-Living Lodge’ akan dibangunkan bersebelahan dengan TEGAS Village dan fasiliti yang disediakan itu kelak amat penting bagi mereka  berehat seketika daripada melakukan kerja-kerja penyelidikan.

“Pada masa sama, kami juga akan menyediakan ‘mini studio’ bagi membolehkan kita untuk membuat satu pementasan drama ataupun mana-mana aktiviti berkaitan dengan seni,” katanya lagi.

Pada 22 November 2021, Abang Johari telah merasmikan TEGAS Village yang dibangunkan di Taman Perindustrian Sama Jaya, Kuching dan ia terletak di tengah-tengah zon teknologi perindustrian di Kuching, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk mengumpulkan syarikat pemula berasaskan teknologi.

TEGAS Digital Village merupakan sebuah platform atau inkubator bagi membantu syarikat pemula (start-ups) serta menginovasikan digital Sarawak selaras dengan inisiatif Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 serta Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan