Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin bergambar bersama pemenang pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023 Edisi Ke-35 malam tadi. Foto: TVS

TVS cemerlang, rangkul 13 Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023

MIRI, 25 Nov: TVS berjaya merangkul 10 anugerah bagi kategori umum Anugerah Penyiaran Televisyen dan Video serta tiga anugerah untuk kategori umum di Portal Berita dan Cetakan di Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023 Edisi Ke-35 malam tadi.

TVS cemerlang dalam kategori Anugerah Laporan Kelestarian dan Anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan menerusi kategori umum Anugerah Penyiaran Televisyen dan Video selepas menyapu bersih hadiah tempat pertama hingga ketiga.

Tempat pertama menerusi Anugerah Laporan Kelestarian dimenangi oleh Odleen Catherny Morfor dan Awang Azmil Awang Ahmad untuk Sarawak Coastguard Tingkat Pengawasan Perairan dan Sarawak Coastguard Merentas Samudera Pikul Amanah, diikuti tempat kedua Steward Raymond Dawi untuk Usaha Murni GBJSB, Bantu Penduduk Dapatkan Air Bersih, Kesihatan Awam Kunci Utama CSR GBJSB, dan Source Hydropanels Sedia Bekalan Air Bersih Alternatif, dan tempat ketiga Priscilla John Pillai dan Mohd Faitullah Morni bagi Hidrogen Inisiatif Bagi Menyelesaikan Isu Perubahan Iklim, Pembangunan Ekonomi Baru.

Bagi Anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan tempat pertama dirangkul Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir dan Awang Azmil Awang Ahmad untuk Siri 1: ‘The Flying Helicopter’ Sarawak Jana Pendapatan Lumayan, Siri 2: Buah Engkabang Kaya Manfaat, dan Siri 3: Buah Engkabang Ruji Ikan Termahal Malaysia, tempat kedua Connie Grace Ujan untuk Dari Mukah Ke Singapura, Batik Linut Terus Diminati dan Lamin Dana Tarikan Baharu Di Mukah, dan tempat ketiga Liew Yu Phin dan Ahmad Nasrullah Syurie untuk S-MM2H, Spurs Sarawak Economic And Tourism Growth.

TVS rangkul 13 anugerah di KJA2023 Edisi Ke-35.

TVS juga berjaya mendapat pertama untuk Anugerah Kewartawanan Penyiaran oleh Nurul Nur Akmal Mohamad Salleh dan Za’im Zharfan Zanawi untuk Siri 1: Kejaman Di Ambang Kepupusan, Siri 2: Kisah Empat Malam Bakal Suami Isteri Kejaman, Siri 3: Tarian Suwei Antara Tarian Tertua Di Sarawak, Siri 4: Misteri Batu Tului, Salong,  Kelirieng Di Long Segaham dan Siri 5: Bahasa Diangkat, Bangsa Dijulang.

Tempat pertama bagi Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti dimenangi Febbright Ansie James @ Tuba dan Abdul Aziz Soleh untuk Siri 1: Perjuangan Cikgu Pedalaman, Siri 2: Lebih RM28 Juta Naik Taraf Jalan Ke SK Nanga Menjuau.

Anugerah Ekonomi Digital bagi tempat kedua diperoleh Febright Ansie James @ Tuba untuk Pasar Tamu ‘Online’ Mantu Ngelakuka Produk Sarawak (Siri 1), dan Pedaja Di Pasar Tamu Betong Mekuhka Aplikasyen Digital (Siri 2), diikuti tempat ketiga oleh Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir untuk Siri 1: Era Baharu Industri Perhotelan Sarawak, Siri 2: Impak Hotel Pintar Terhadap Ekonomi Digital Sarawak, dan Siri 3: Pemberian Geran Khas Hotel Pintar Akan Diteliti.

Bagi kategori umum Portal Berita dan Cetakan, Farah Diyana Samsuddin berjaya memperoleh tempat kedua untuk Anugerah Laporan Kelestarian Bahasa Melayu bagi penyertaan Siri 1: Pelantar Minyak Usang Dinyahtauliah, Sinar Kepada Laut Sarawak, Siri 2: Dinamik Pelantar Minyak Kepada Terumbu (Rig-to-reef), Siri 3: Tukun Tiruan Pulih Ekosistem Marin, Tingkat Sosioekonomi, dan Siri 4: ‘Rig-to-reef’ Kayakan Biodiversiti Marin Sarawak.

Madeline Dugat memperoleh tempat ketiga untuk Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Penulisan Berita) Bahasa Iban di bawah penyertaan Walaupun Beribu Cabaran, Golongan Wanita Patut Mencontohi Orang Yang Berjaya.

Bagi Anugerah Berita Sukan Bahasa Melayu, tempat ketiga diperoleh Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir untuk penyertaan Siri 1: Juara Tinju Lahir Disebalik Pusat Tahanan Khas dan Siri 2: Sukan Tinju Sinar Masa Depan Pesalah Juvana.

Pemenang tempat pertama membawa pulang RM3,000 tempat kedua RM2,000 manakala tempat ketiga RM1,000 bagi semua kategori.

Anugerah Tokoh Media Sarawak 2023 telah dianugerahkan kepada Lee Fook Onn, Naib Pengerusi International Times yang merupakan wartawan veteran berpengalaman selama 54 tahun dalam bidang kewartawanan dan telah berkecimpung dalam industri media China selama lebih setengah abad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan