Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak merekodkan jumlah pelaburan langsung domestik yang positif. Foto: Envato

DUN: Sarawak rekod pelaburan langsung domestik sebanyak RM11.9 bilion

KUCHING, 24 Nov: Sarawak merekodkan jumlah pelaburan langsung domestik sebanyak RM11.9 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, daripada hasil jumlah tersebut RM2.08 bilion adalah untuk sektor perlombongan, RM 7.5 bilion untuk sektor pembuatan manakala selebihnya RM 1.4 bilion untuk hartanah.

Beliau berkata, nilai pelaburan dari luar turut menunjukkan peningkatan positif.

“Berdasarkan data awal, sehingga suku ketiga 2023 Sarawak telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM16.7 bilion, daripada jumlah itu RM4.8 bilion adalah daripada pelaburan langsung asing (FDI).

“Kerajaan juga telah menubuhkan Invest Sarawak sebagai pusat sehenti untuk menggalakkan dan memudahkan perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di Sarawak,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Mussen, Kerajaan Sarawak telah menyediakan beberapa insentif bagi menggalakkan pelaburan asing dan domestik.

“Antara insentif yang disediakan ialah pelabur boleh memohon pembayaran premium tanah selama lima tahun.

“Jika syarikat menyelesaikan projek dan beroperasi dalam tempoh tiga, lima atau tujuh tahun bergantung kepada skala projek, dari tarikh pengeluaran dokumen hakmilik, mereka berpeluang menikmati rebat 30 peratus ke atas premium tanah. Selain itu, kami juga menyediakan tarif elektrik dan air yang kompetitif,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan