Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Sarawak, Kuching di sini, hari ini. Foto: TVS

Ancaman bom di lima buah sekolah di Sarawak adalah palsu

KUCHING, 24 Nov: Ancaman bom menerusi hantaran emel di lima buah sekolah di negeri ini disahkan palsu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata ancaman diterima dari 21 hingga 23 November lalu telah dihantar menerusi tiga akaun emel beralamat, ‘Takstorrer’, ‘Tunzodev’ dan ‘Tunzowashwere’.

Menurutnya sejurus menerima laporan ancaman itu pihaknya dengan kerjasama pihak sekolah yang terlibat segera mengosongkan sekolah-sekolah berkaitan.

Mancha menjelaskan tindakan ‘security flushing’ (pembersihan keselamatan) bom telah dijalankan secara rapi oleh elemen-elemen kepolisian di semua lokasi yang terlibat namun tiada sebarang ancaman yang dikesan dalam kes ini.

“Siasatan mendapati emel ancaman adalah palsu dan tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang bentuk ancaman bom dan akan mengambil tindakan segera bagi menyiasat sebarang ancaman tanpa gagal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain,” ujarnya sambil menegaskan siasatan menyeluruh akan dijalankan berhubung kes ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan