Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak disaran memberi bantuan bencana yang serupa kepada mangsa tanah runtuh seperti mana yang diterima oleh mangsa banjir dan kebakaran. Foto: Envato

DUN: Mangsa tanah runtuh wajar diberi bantuan serupa mangsa banjir, kebakaran

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Nov: Kerajaan Sarawak disaran memberi bantuan serupa kepada mangsa tanah runtuh seperti yang diterima oleh mangsa banjir dan kebakaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai berkata, insiden tanah runtuh juga perlu diklasifikasikan sebagai bencana agar mangsa mendapat bantuan dan seterusnya meringankan beban mereka.

Menurutnya, kerajaan perlu mencari alternatif agar bantuan dapat diselaraskan terutama melibatkan rumah yang musnah 100 peratus.

“Dalam dua kejadian tanah runtuh di Kapit yang menjejaskan lebih 13 rumah, kesemua mangsa telah menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, malah diberi bantuan untuk membina rumah baharu.

“Namun demikian, saya berharap agar empat keluarga mangsa bencana tanah runtuh di Rumah Umbar, Sungai Tiau, Mujong juga layak mendapat bantuan yang serupa kerana rumah mereka musnah 100 peratus,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata Residen dan Pejabat Daerah Bukit Mabong telah memaklumkan bahawa laporan kejadian berkenaan telah dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak namun maklum balas masih belum diberikan sehingga kini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan