Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada tahun 2002. Foto hiasan, Envato.

Empat sekolah di Sarawak terima ancaman bom palsu

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Nov: Sebanyak empat laporan diterima polis berhubung ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di bandar raya ini dan Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, kesemua laporan diterima pada 21 November lepas hingga hari ini.

Ancaman bom di dua buah sekolah di Kuching palsu – polis

Katanya, tiga aduan membabitkan sekolah di Kuching manakala sebuah lagi di Miri.

“Ancaman dihantar melalui tiga akaun e-mel iaitu ‘Takstorrer’, ‘Tunzodev’ dan ‘Tunzowashere’.

“Sebaik sahaja menerima laporan, kita segera bekerjasama dengan sekolah terlibat iaitu mengambil tindakan mengosongkan premis,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kata Mancha, pembersihan keselamatan telah dijalankan secara rapi oleh polis di kesemua lokasi namun tiada sebarang ancaman yang dikesan.

Siasatan kata beliau mendapati e-mel ancaman tersebut adalah palsu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan