Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail. Foto: Akma Salleh

DUN: CRAUN Research bakal milik SNDB, bangunkan projek sagu, nipah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Nov: CRAUN Research Sdn Bhd bakal menjadi sebuah entiti komersial yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB).

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata syarikat korporat itu akan melaksana projek-projek pembangunan sagu dan nipah di Sarawak.

“Selain pengilangan dan pemasaran produk-produk sagu dan nipah. CRAUN Research Sdn Bhd akan meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan industri Sagu dan Nipah,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini ketika menjawab soalan ADUN Kalaka, Mohamad Duri berkaitan peranan CRAUN Research selepas penubuhan SNDB.

Sementara itu, menurut Dr Abdul Rahman, Kerajaan Sarawak melalui (SNDB) akan melaksakan kajian yang terperinci bagi mengenal pasti dan membangunkan kawasan berpotensi untuk tanaman rumbia.

Abdul Rahman menambah SNDB akan mula beroperasi setelah urusan pelantikan pegawai dimuktamadkan.

“SNDB akan membuat kajian secara terperinci bagi mengenal pasti dan membangunkan kawasan yang berpotensi untuk tanaman rumbia di Sarawak termasuk DUN Kalaka bertujuan untuk menambah kawasan tanaman rumbia yang sedia ada,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan