KUCHING, 24 Nov: Kementerian Kewangan diminta agar mempertimbangkan untuk mengkaji semula elaun Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Ahli Majlis sedia ada.
Perkara itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Simon Sinang Bada sebagai imbuhan agar mereka ini komited melaksanakan tugasan masing-masing.
Simon menegaskan peranan Ketua Masyarakat Dan Ahli Majlis (Councillors) amat penting serta tanggungjawab mereka tidak dapat disangkal lagi dalam masyarakat.
âSekarang elaun Ketua Masyarakat adalah RM 1,300.00, Ketua Kampung RM 900 manakala elaun Ahli Majlis adalah RM 300 sebulan.
âMengikut definasi paras kemiskinan Kebangsaan, sesiapa yang berpendapatan di antara Rm980 sehingga RM2,208 adalah tergolong di dalam kumpulan B40 dan boleh jatuh ke dalam kumpulan miskin tegar,â katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Tegas Simon, imbuhan yang diberikan ketika ini menurutnya tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab serta peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.
âSaya percaya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah pemimpin yang prihatin dan penyayang. Â (Belanjawan Sarawak 2024) banyak insentif dan bantuan kepada setiap lapisan masyarakat.
âOleh yang demikian, saya merayu kepada Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan dan mengkaji semula elaun Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Ahli Majlis,â ujarnya. -TVS