KUALA LUMPUR, 23 NOV: Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok akan dibentangkan pada minggu hadapan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sehubungan itu, Dr Zaliha berharap perkara ini dapat diselesaikan secapat mungkin dan terus dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada merokok.
“Secara saintifik telah terbukti bahawa banyak penyakit-penyakit daripada merokok ini memang prevalens agak tinggi.
“Sebenarnya jumlah jika kita tengok pada tahun 2022 kos yang telah digunakan untuk menangani penyakit yang berkaitan dengan kawalan produk merokok ini adalah adalah lebih daripada RM 6 Bilion, itu merupakan angka yang sangat tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Kuala Langat Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini. – TVS