Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 300 peserta dilepaskan bagi memulakan cabaran menawan trek pedalaman Sarawak sempena Jambori 4×4 Antarabangsa Sarawak edisi ke-6. Foto,TVS.

300 peserta tempatan dan antarabangsa mulakan Jambori 4×4 Antarabangsa Sarawak Edisi Keenam

ByHaris Zainuddin

SERIAN, 23 Nov: Lebih 300 peserta tempatan dan luar negara memulakan cabaran untuk menawan trek di pedalaman wilayah ini sempena Jambori 4×4 Antarabangsa Sarawak Edisi Keenam hari ini.

Kumpulan berkenaan menaiki 146 kenderaan pacuan empat roda telah dilepaskan pagi tadi di Serian Conference Centre oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.

Jambori ini yang dianjurkan 4×4 Travel & Adventure Club (SAKTA) disertai peserta Malaysia, Brunei,Indonesia, Britain,Jerman, Kanada dan Switzerland.

Lebih 300 peserta dengan menaiki 146 kenderaan pacuan empat roda telah dilepaskan bagi memulakan cabaran mereka untuk menawan trek pedalaman Sarawak dalam Jambori 4×4 Antarabangsa Sarawak edisi ke-6.
Foto: TVS

Presiden SAKTA, Jirram Gima berkata, jambori ini bakal menguji ketahanan fizikal dan mental peserta menerusi trek yang mencabar.

“Namun kami tetap mengetengahkan keindahan alam semula jadi di pedalaman Sarawak.

“Oleh itu, panganjur memilih ‘Southern Thrills, Rugged Redefined’ sebagai tagline acara pada tahun ini,” katanya kepada TVS hari ini.

Sementara itu beliau memberitahu, acara yang berlangsung selama empat hari tiga malam ini akan melalui lima ‘winching point’ dan akan berhenti berehat di tiga lokasi iaitu di persekitaran sungai serta puncak bukit.

“Acara ini membuka peluang kepada peminat pacuan empat roda untuk berkongsi keghairahan mereka melalui trek lasak serta menikmati ketenangan alam semula jadi, budaya dan tempat bersejarah di Sarawak yang masih kurang diterokai kerana kesukaran memasuki kawasan itu,” katanya.

Jambori 4×4 Antarabangsa Sarawak 2023 akan melalui Serian, Simunjan dan Pantu.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan