Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Anugerah Felo Kehormat pada Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean di Bali pada Rabu.

Anugerah Felo Kehormat: DUN Sarawak ucap tahniah kepada Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Nov: Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas penerimaan Anugerah Felo Kehormat atau ‘Honorary Distinguished Fellow’.

Ucapan tahniah itu dizahirkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar sebelum persidangan DUN bermula.

Abang Johari menerima anugerah berprestij itu pada Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean (CAFEO) ke-41 di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali pada Rabu.

Penganugerahan tersebut menyaksikan beliau sebagai individu terkemuka yang telah menyampaikan perkhidmatan cemerlang beliau dalam bidang kejuruteraan, institusi dan negara dengan menyandang gelaran ‘Dist. Hon. FAFEO’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan