Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Belanjawan 2024 yang dibentangkan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin turut mengambil kira keperluan golongan pelajar di Sarawak. Foto TVS.

DUN: Belanjawan 2024 Sarawak berjiwa rakyat – Iskandar Turkee

BySalasiah Safian

KUCHING, 22 Nov: Belanjawan 2024 Sarawak dilihat sebagai sebagai bajet yang berjiwa rakyat dan akan memanfaatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, butiran yang dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kelmarin juga bukan hanya gah pada istilah kerana bersifat inklusif.

DUN: Abang Johari bentang bajet terbesar dalam sejarah Sarawak

Kata beliau, ini menunjukkan Kerajaan Sarawak yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) memahami kehendak serta denyut nadi rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

“Di sini kita melihat akan ada pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air.

“Dalam bajet itu juga, Kerajaan Sarawak turut menitik berat keperluan golongan belia dan remaja menerusi pemberian baucar buku RM500 dan komputer riba percuma kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan perbahasan sulungnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Pada Isnin, Abang Johari Tun Openg membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah Sarawak berjumlah RM12.363 bilion untuk 2024.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding RM10.797 bilion pada 2023.
Belanjawan yang bertemakan ‘Pembangunan untuk Semua: Bersama, Membina Sarawak yang Sejahtera, Mampan dan Bersatu’ itu memperuntukkan RM7.8 bilion untuk pembangunan dan RM4.563 bilion untuk operasi.
Sementara itu, Iskandar turut mengambil peluang berterima kasih kepada Abang Johari dan GPS kerana memberi peluang kepada beliau untuk menjadi wakil rakyat.

“Ini merupakan amanah yang berat bagi diri saya yang akan meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Talip Zulpilip,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan